fbpx

Ribuan rakyat teruja sambut kepulangan Agong, Raja Permaisuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
kira-kira 10,000 rakyat hadir ke Pangkalan Udara (PU) Kuantan, bagi menyambut keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

KUANTAN – Seramai kira-kira 10,000 rakyat hadir ke Pangkalan Udara (PU) Kuantan, bagi menyambut keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini.

Antara yang hadir termasuk 40 murid tahun enam dan empat guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Guru, M. Thiagaselan, 48, berkata, kesemua murid yang terlibat telah merakamkan rasa teruja mereka kerana buat pertama kali hadir ke majlis seumpama itu.

“Mereka (murid) telah dimaklumkan seminggu sebelum majlis dan sejak itu mereka sudah berasa teruja untuk melihat sendiri Istiadat Keberangkatan Balik baginda.

“Ini pertama kali mereka hadir dan dari istiadat ini mereka boleh mempelajari pelbagai perkara dan ini dapat menerapkan tentang kedaulatan raja dan memupuk semangat setia kepada negara.

“Ini juga menjadi peluang untuk mereka melihat sendiri raja dan permaisuri kita yang mungkin sebelum ini mereka hanya melihat di dalam buku teks sahaja,” katanya.

M.Thiagaselan bersama murid SJKT Bandar Indera Mahkota teruja menyambut kepulangan Yang DiPertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, di Kuantan hari ini.

Bagi seorang warga emas, Jaariah Ahmad, 67, walaupun dalam keadaan kurang sihat, namun dia menggagahkan diri untuk hadir ke PU Kuantan bagi memenuhi permintaan cucu tersayang, Nurul Auni Batrisya Mohd Sahiful, 10, yang mahu turut serta menyaksikan Istiadat Kenerangkatan Balik Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong.

Katanya, dia yang tinggal di Pantai Sepat di sini sudah tiba di PU Kuantan seawal pukul 9 pagi dengan dibawa anak perempuannya, Nurul Khamilah Md Rashid, 31.

“Kami bertiga meletakkan kenderaan di masjid berhampiran dan kami berjalan kira-kira 500 meter untuk masuk ke dalam.

“Syukur sangat kami diberikan peluang untuk turut serta dalam istiadat ini dan dapat bersua muka dengan baginda dan Raja Permaisuri Agong,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI