fbpx

10 tahun sebumbung, Marsha tak pernah terfikir ‘tinggalkan’ mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHA selesa tinggal sebumbung dengan mentua buat masa sekarang.

PETALING JAYA – Dipuji menjalani kehidupan harmoni meskipun tinggal sebumbung dengan mentua, penyanyi Marsha Milan menzahirkan rasa syukur dikurniakan ibu mentua yang memahami dan sangat baik hati.

Memegang status sebagai menantu, pemilik nama sebenar Marsha Milan Londoh itu sentiasa mengamalkan sifat bertimbang rasa selain sentiasa mencipta persekitaran positif demi hubungan yang harmoni.

“Pada awalnya memang kekok, tetapi lama-lama nanti kita sendiri akan ada rasa tanggungjawab sebagai isteri dan menantu, perlu wujud sikap tolak-ansur dan terima perkara ini sebagai benda positif, jangan sesekali fikir negatif.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab dapat ibu mentua yang sangat memahami, baik dan sempoi, rezeki saya. Sebenarnya semuanya datang dari diri sendiri, bagaimana kita menangani setiap situasi

“Saya sebagai isteri tidaklah rasa diri bos dekat rumah, kita kena juga turun tolong dekat dapur dan sebagainya, pandai-pandai ambil hati, jangan berkurung dalam bilik sahaja,“ katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya adakah perancangan untuk duduk berasingan dengan mentua supaya lebih bebas, pelantun lagu Darah itu memberitahu dirinya tidak pernah terlintas berbuat demikian sebaliknya bersyukur dapat menjaga makan minum ibu mentuanya dengan lebih dekat.

“Saya tidak pernah pun terlintas mahupun bincang dengan suami untuk duduk asing, biarlah orang tua kita ada depan mata, inilah masanya untuk berbakti, senang kalau sakit ke apa, dia ada dekat.

“Memang tiada perancangan pindah, lagi pula perkara tersebut tiada dalam kepala, tidak mengapalah saya sebumbung dengan mentua, asalkan kita terus menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menantu dan isteri yang baik.

“Kuncinya adalah kesefahaman, tolak ansur dan timbang rasa, kena sedar ruang dan situasi. Tidak perlu fikir daripada aspek negatif, jika niat kita baik, semuanya akan jadi baik,” katanya menutup bicara.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada tahun 2015.

Bagaimanapun, aktres berusia 39 tahun itu masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata meskipun sudah sedekad usia perkahwinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI