fbpx

Mualaf gelandangan dibimbing mengaji al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR Fathiyah Doris Abdullah (kanan) ketika mengajar kelas al-Quran dan akidah di Pusat Gelandangan Dapur Kausar, Seremban, semalam.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Tidak mahu membiarkan golongan mualaf terpinggir selepas memeluk agama Islam, seorang guru agama mengorbankan masa dan tenaganya dengan membantu membimbing golongan tersebut.

Ia menerusi program kelas mengaji Al-Quran dan akidah secara percuma yang diberikan kepada gelandangan mualaf di Pusat Gelandangan, Dapur Kausar Seremban yang bermula sejak 1 Disember lalu.

Pengurus Dapur Kausar, Azlin Ali, berkata, idea untuk mewujudkan kelas Al-Quran dan akidah itu tercetus kerana terdapat mualaf gelandangan di pusat berkenaan.

“Pada mulanya, saya terdetik selepas melihat kekerapan Ustazah Nur Fathiyah Doris Abdullah yang juga seorang mualaf dengan dua orang gelandangan mualaf yang lain sering bersama dengan di pusat ini. Jadi, tercetus idea untuk membuka kelas mengaji al-Quran dan fardu ain kepada mereka.

“Bagaimanapun, disebabkan ketika ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB), saya hanya hadkan 10 orang bagi satu sesi bagi membendung penularan Covid-19,” katanya di sini semalam.

Jelas Azlin, kelas tersebut diadakan selama tiga kali seminggu pada waktu petang yang diterhadkan kepada 10 orang sahaja.

Sementara itu, Nur Fathiyah berkata, dia sememangnya berniat untuk membantu rakan-rakan mualaf agar golongan tersebut dapat mendalami Islam dengan lebih dekat.

“Saya berharap dengan adanya kelas ini, mereka dapat mengenali Islam dalam semua aspek. Ia terutamanya berkaitan akidah, walaupun berdepan dengan pelbagai masalah saya harap mereka sentiasa istiqamah dalam mendalami Islam,” katanya sudah 17 tahun memeluk Islam.

Nur Fathiyah juga berkata, sejak kelas tersebut dibuka, dia menerima sambutan menggalakkan dan mualaf gelandangan yang menyertai kelas berkenaan juga gembira.

“Mereka seronok kerana dapat memasuki kelas mengaji, mungkin selama ini mereka tidak berpeluang untuk mempelajarinya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI