fbpx

Pegawai Imigresen, pengarah syarikat direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Imigresen (kanan) dan Pengarah syarikat swasta direman tujuh hari membantu siasatan rasuah melepaskan dua warga China di KLIA. Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang pegawai Imigresen dan pengarah syarikat swasta direman tujuh hari bagi membantu siasatan rasuah bagi melepaskan dua warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan cop palsu, Isnin lalu.

Perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 26 dan 40 tahun itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Nor Azilah Mat di Mahkamah Tinggi, Shah Alam hari ini.

Mereka yang tidak diwakili peguam itu hadir ke kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut sumber, penahanan kedua-dua mereka dilakukan dalam tempoh tujuh jam bermula pukul 12.13 tengah hari semalam di sebuah restoran di Cheras dan Petronas KLIA.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati pegawai Imigresen itu memberikan butir warga China yang ditahan itu kepada pengarah syarikat berkenaan yang merupakan ejen melibatkan pendatang asing.

“Ejen itu telah meminta wang bernilai RM22,000 daripada seorang individu semalam bagi melepaskan kedua-dua warga China itu.

“Hasil soalsiasat, wang diterima ialah untuk seorang pegawai imigresen di KLIA,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI