fbpx

Terbuka Australia: Badi aksi final hantui Medvedev

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEDVEDEV memulakan aksi final dengan baik apabila mendominasi dua set awal sebelum hilang momentum dan tunduk kepada Sinner. - AFP

MELBOURNE – Pemain No. 3 dunia, Daniil Medvedev mengakui masih terpalit ‘badi’ selepas tewas pada final Terbuka Australia buat kali ketiga dalam kariernya sekali gus terpaksa berpuas hati dengan status naib juara edisi kali ini.

Sebagai rekod, Medvedev dilihat hampir menjuarai Terbuka Australia selepas mendahului 2-0 sebelum pemain Itali, Jannik Sinner mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menang 3-6, 3-6, 6-4, 6-4, 6-3 kelmarin.

Keputusan tersebut mengecewakan pemain kelahiran Russia itu selepas turut tewas kepada Novak Djokovic pada edisi 2021 dan Rafael Nadal pada tahun 2022.

Kata Medvedev, bukan mudah untuk mana-mana atlet bangkit daripada kekalahan mengecewakan seperti ini, tetapi inilah hakikat yang perlu diterima.

“Bukan mudah dari aspek mental apabila tewas tiga final Terbuka Australia, tetapi saya perlu terus bekerja keras. Apa yang penting kali ini saya tewas di pentas final dan bukan di pusingan awal.

“Justeru, saya perlu kekal positif kerana percaya peluang untuk saya menjulang trofi ini masih terbuka pada masa akan datang,” kata Medvedev yang pernah menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada edisi 2021.

Mengulas mengenai perlawanan, Medvedev mengakui apa yang Sinner lakukan di atas gelanggang cukup luar biasa kerana bukan mudah untuk bangkit daripada ketinggalan 2-0.

“Saya lihat corak permainannya sudah berubah dan memiliki stamina yang cukup untuk mengharungi tempoh perlawanan yang panjang. Saya pula yang agak penat pada penghujung perlawanan dan memudahkannya menang kali ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI