fbpx

Permaisuri Johor berangkat secara rasmi ke Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA ZARITH SOFIAH berangkat secara rasmi ke Kuala Lumpur bagi persediaan Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surah Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Rabu ini.

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat secara rasmi ke Kuala Lumpur hari ini bagi persediaan Istiadat Pertabalan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, Rabu ini.

Mengiringi Raja Zarith Sofiah ialah Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Terdahulu, keberangkatan tiba Permaisuri Johor di Hangar Diraja Johor, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai disambut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan isteri.

Hadir sama, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar.

Sultan Ibrahim akan berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Rabu ini.

Terdahulu, pada 27 Oktober tahun lalu, Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara sebulat suara mengisytiharkan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI