fbpx

Great Eastern Takaful masuk kampung tingkatkan kesedaran celik kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GETB memperkukuh kedudukan dalam industri dengan sokongan lebih 10,000 perunding takaful yang sedia berkhidmat untuk para pelanggan.

‘SEDIAKAN payung sebelum hujan’.

Itulah peribahasa yang se­ring digunakan untuk memberi pe­ringatan agar kita perlu sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia terhadap apa yang akan berlaku di luar jangkaan kita.

Begitu juga dalam aspek kesihatan yang mana setiap daripada kita harus memiliki perlindungan kesihatan yang boleh menjadi penyelamat di saat-saat memerlukan.

Perlindungan kesihatan itu boleh didapati melalui takaful yang merupakan satu bentuk insurans Islam dan Great Eastern Takaful Berhad (GETB) menjadi satu syarikat terkemuka yang menawarkan produk itu kepada rakyat negara ini.

Untuk 2024, GETB turut me­lancarkan penambahbaikan penjenamaannya untuk meningkatkan daya saing serta imej sejajar dengan syarikat induknya, Great Eastern Holdings Limited yang telah beroperasi lebih seratus tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful, Shahrul Azlan Shahriman berkata, penjenamaan semula yang dilakukan adalah untuk membawa GETB lebih dekat kepada masyarakat dengan wajah baharu serta penampilan jenama yang lebih menarik.

Beliau percaya dengan strategi penjenamaan ini, maka lebih banyak segmen komuniti boleh dicapai dan kumpulan sasaran syarikat merangkumi tiga segmen iaitu B40, M40 dan T20.

Shahrul Azlan

“Kami turut memberikan perhatian kepada golongan berpendapatan rendah ataupun B40 yang memerlukan pelan perlin­dungan mampu milik serta kese­daran akan kepentingan takaful dalam membantu mereka membuat pilihan terbaik untuk masa hadapan mereka dan keluarga.

“Kita memberi kesedaran dan literasi atau celik kewangan kepada B40 serta menawarkan produk yang setimpal dengan mereka,” katanya.

Tambahnya, untuk golongan B40, syarikat menyediakan produk mampu milik, contohnya mikroSayang serendah RM4.20 sebulan sehingga RM10 sebulan.

Oleh itu, dalam usaha memberi kesedaran kepada golongan B40 terutamanya untuk memiliki perlindungan, antara strategi yang digunakan selain melakukan hebahan melalui media sosial syarikat juga sentiasa turun mendekati masyarakat secara langsung melalui siri jelajah di seluruh Malaysia.

Shahrul Azlan menjelaskan, GETB sentiasa masuk ke kawasan luar bandar terutamanya kampung-kampung dan memberi penerangan tentang literasi atau celik kewangan dan juga takaful.

“Mereka yang tinggal di luar bandar sebenarnya mampu untuk memiliki perlindungan kesihatan ini tetapi mereka kurang faham tentang takaful dan kepentingannya.

“Ini kerana, tidak ada pihak yang pergi memberi penerangan supaya mereka faham tentang celik kewangan dan menggunakan sedikit wang mereka untuk mendapatkan perlindungan takaful,” jelasnya.

Tambahnya, hal itu menjadi sebahagian daripada cabaran dan bermula tahun lepas syarikat telah masuk ke kampung-kampung dan berkongsi tentang celik kewangan.

Dalam masa yang sama, GETB juga memberi fokus kepada Gen-Z.

Masyarakat luar bandar memiliki keupayaan untuk melanggan takaful tetapi tiada penerangan yang betul kepada mereka.

Mengulas lanjut, Shahrul Azlan menjelaskan, Gen-Z mungkin te­lah mempunyai sijil takaful tetapi mereka adalah generasi yang cepat dan atas sebab itu pihaknya memperkenalkan produk secara dalam talian dan mengambil pendekatan yang lebih santai.

“Produk dalam talian ini adalah inisiatif bersama rakan kerjasama kami iaitu Boost dengan menawarkan produk jangka pendek buat Gen-Z.

“Ada produk untuk tempoh masa dua minggu dan sebulan, sebagai contoh ada generasi ini yang ingin menyertai sebarang pertandingan seperti larian, produk ini akan melindungi mereka untuk tempoh tersebut,” terangnya.

Dalam pada itu, melihat kepada keperluan pelanggan, GETB sentiasa menambah baik produk dan tawarannya.

Bersempena 2024 juga, syarikat itu turut melancarkan satu kempen baharu iaitu #SinarNova yang menawarkan tiga kali ganjaran kepada pelanggan baharu yang memiliki sijil berkuat kuasa pada atau sebelum 14 Februari ini.

Permohonan yang diterima adalah sepanjang 5 hingga 30 Januari ini.

Kempen itu juga adalah untuk mempromosikan produk komprehensif syarikat iaitu, i-Great Nova dengan menawarkan tiga ganjaran menarik.

Ganjaran menarik itu me­rangkumi jumlah perlindungan asas minimum bermula daripada RM150,000, kempen pulangan tunai atau cashback sehingga tiga bulan caruman dan cabutan rezeki pakej umrah serta wang tunai sebanyak RM2,024.

Melalui kempen itu juga, ia bukan sahaja meningkatkan capaian baharu, malah menjadi pembuka tirai untuk 2024 yang menarik di samping membantu perunding takaful untuk menawarkan pakej bermanfaat kepada prospek mereka.

Sehingga kini, GETB mempunyai lebih 10,000 perunding taka­ful yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan produk perlindungan takaful kepada setiap lapisan masyarakat.

Malah, pada tahun 2023 syarikat itu mencatatkan pertambahan perunding takaful baharu dengan peningkatan sebanyak 15 peratus.

Pertambahan itu membuktikan bahawa semakin ramai yang berminat untuk menjadikan perunding takaful sebagai satu kerjaya.

Ini kerana, ia mempunyai masa yang fleksibel di samping dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang lebih baik.

Mengulas lanjut tentang kerjaya sebagai perunding takaful, Shahrul Azlan berkata, ia adalah satu bidang kerja yang baik dan mulia.

Menurutnya, perunding taka­ful ini selain membantu pelanggan mendapat perlindungan, ia adalah satu konsep ibadah kerana membolehkan pelanggan membantu antara satu sama lain.

“Konsep takaful itu sendiri saling membantu, yang mana mereka yang membuat sumbangan akan membantu peserta lain yang terlebih dahulu memerlukan perlindungan.

“Satu kepuasan buat perun­ding takaful apabila pe­langgan mendapat perlindungan kesihatan serta hayat,” terangnya.

Malah, Shahrul Azlan juga berkongsi kisah yang mana ada perunding takaful berjaya me­yakinkan individu yang hanya bekerja sebagai pemandu lori untuk mendapatkan perlindungan hayat.

Individu itu hanya berpendapatan sekitar RM2,000 sebulan tetapi dia memperuntukkan RM100 sebulan untuk perlindungan hayat.

“Saya menyerahkan cek bernilai ratusan ribu ringgit kepada keluarganya setelah individu ini me­ninggal dunia.

“Inilah peranan penting perunding takaful dalam memastikan setiap orang mendapatkan perlindungan yang sewajarnya buat diri mereka dan juga ke­luarga,” terang beliau. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI