fbpx

Anak kecewa, ibu kerugian hampir RM72,500 akibat scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar yang dikongsikan oleh wanita tersebut di laman Facebooknya, semalam.

PETALING JAYA – Seorang wanita merayu kepada orang ramai agar memeriksa telefon ibu bapa masing-masing supaya tidak terjebak dengan ‘scam’ pelaburan seperti apa yang dialami oleh ibunya.

Menurut hantaran wanita tersebut di laman Facebook, ibunya telah mengalami kerugian hampir RM72,500 kerana terlalu percaya dengan skim pelaburan kewangan dalam talian yang dikatakan dapat memberi pulangan yang menguntungkan.

“Saya dan suami telah ke balai dan buat laporan. Kami faham, duit yang hilang tidak boleh dapat semula. Tujuan kami buat laporan adalah untuk buatkan ibu sedar dia telah ditipu.

“Apabila kami tanya (mak) dan periksa mesej satu persatu, kami dapati jumlah kerugian adalah sekitar RM72,500,” katanya.

Menurut wanita tersebut, ibunya telah menghabiskan sebanyak RM20,000 wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB), RM3,500 hasil jualan emas dan RM35,000 wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Malah, ibunya juga telah bertindak meminjam wang dari saudara mara sebanyak RM10,000.

“Lebih mengecewakan, masuk sahaja balai polis, terus nampak infografik mengenai penipuan pelaburan.

“Setakat ini, yang dapat kami laporkan adalah transaksi yang mempunyai resit. Ada yang mak saya sempat padam.

“Saya kecewa, marah, sedih dan penat tetapi mak masih belum sedar. Saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami. Selebihnya, kami serahkan kepada Allah SWT,” katanya.

Dalam hantaran sama, wanita tersebut juga sempat meminta agar orang ramai mendoakan urusannya dan keluarga dipermudahkan.

“Semoga perkara ini menjadi pengajaran untuk kita semua. Minta orang lain di luar sana lebih berhati-hati dan pantau tindak-tanduk mak ayah.

“Kami rasa kami gagal sebagai anak. Doakan semoga rezeki kami bertambah dengan ujian ini,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI