fbpx

Beli nasi guna wang RM20 palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosniwati menunjukkan wang kertas RM20 palsu yang dibayar oleh pelanggan di kedainya di Kampung Budi, Bachok semalam.

BACHOK – Seorang peniaga di sebuah kedai makan di Kampung Budi di sini tidak menyangka wang kertas RM20 yang diberikan oleh salah seorang pelanggannya merupakan wang palsu.

Rosniwati Noor, 43, menyedari wang RM20 itu palsu semalam ketika dia memulangkan baki wang menggunakan wang tersebut kepada pelanggan lain.

“Selepas urusan jual beli, pelanggan itu datang semula ke kedai saya dan memaklumkan bahawa baki wang yang diterimanya itu palsu.

“Pelanggan itu mengatakan bahawa penggunaan wang tunai itu ditolak oleh juruwang ketika dia membeli barang di sebuah kedai serbaneka di sini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Rosniwati, pada awalnya, dia agak tergamam dengan dakwaan pelanggan itu, namun selepas diamati dan membuat perbandingan ternyata wang itu palsu.

Katanya, meskipun perbezaan antara wang palsu dengan wang tulen amat ketara, dia langsung tidak perasan ketika pelanggan menghulurkan wang tersebut.

“Saya juga tidak ingat pelanggan yang memberi duit itu. Nasib baik ada pelanggan lain yang perasan ia merupakan duit palsu.

“Selepas insiden itu, saya akan lebih berhati-hati dengan setiap urusan jual beli yang menggunakan wang kertas RM20 bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI