fbpx

Tahanan lari lokap mahkamah dicekup menyorok di rumah ibu saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Pasir Mas.

PASIR MAS – Seorang lelaki orang kena tahan (OKT) yang meloloskan diri dari lokap Kompleks Mahkamah Pasir Mas, hari ini dicekup ketika bersembunyi di rumah ibu saudaranya di Kampung Kubang Badak, di sini petang tadi.

OKT yang berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang selepas empat jam melarikan diri sejauh lima kilometer dari kompleks mahkamah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, OKT itu dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 10.35 pagi tadi untuk didakwa atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, OKT yang ketika itu berada dalam keadaan tidak bergari bertindak keluar dari sel lokap mahkamah sebelum terus berlari keluar menuju ke pintu pagar kompleks mahkamah.

“Lelaki itu hilang semasa berada berdekatan rumah pengusaha dodol yang terletak di sebelah mahkamah. Susulan itu, polis melancarkan Op Tutup dengan membuat 11 sekatan jalan raya bermula pukul 11.30 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI