fbpx

Polis trafik minta pelancong UK bayar saman hanya RM100, disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang anggota polis trafik menawarkan bayaran saman RM100 kepada pelancong, di Ipoh Perak.

PETALING JAYA – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan tindakan seorang anggota polis trafik yang menawarkan saman kepada pelancong di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya mengesan satu klip video tular di YouTube mengenai tindakan anggota trafik menawarkan bayaran di lokasi kejadian ke atas pasangan warga United Kingdom.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut serta pihak polis tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat.

“Kita akan memaklumkan perkembangan siasatan dan tindakan lanjut yang akan diambil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular satu video di YouTube ‘THREAD the globe’ memaparkan pasangan pelancong dari United Kingdom yang dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ disaman anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.

Pasangan pelancong yang menaiki sebuah van itu telah ditahan ketika dalam perjalanan ke Ipoh, Perak.

Dalam video itu, anggota polis trafik dilihat memberitahu pasangan terbabit bahawa mereka memandu sekitar 80 kilometer (km) sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60 km.

Susulan itu, pasangan berkenaan bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang berjumlah RM100 tanpa diberikan surat saman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI