fbpx

Daim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daim.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok, berhubung kegagalan mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Daim akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi pada pukul 9 pagi.

Kosmo! hari ini melaporkan, Daim, 86, dalam satu kenyataan melalui peguamnya memaklumkan beliau akan didakwa atas pertuduhan sama yang dikenakan terhadap isterinya, Toh Puan Na’imah Khalid.

Pada 23 Januari lalu, Na’imah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan tidak mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun Na’imah, 67, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

SPRM telah memulakan siasatan terhadap keluarga Daim sejak Februari tahun lalu rentetan daripada pendedahan Kertas Pandora.

Kertas Pandora merupakan himpunan 11.9 juta dokumen yang dikumpul oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (International Consortium of Investigative Journalists, ICIJ) yang mengandungi maklumat perbankan, cukai dan maklumat hartanah pemimpin-pemimpin dunia, jutawan, ahli perniagaan dan selebriti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI