fbpx

Baru 2 bulan kahwin, suami curang pukul isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan selepas melarikan diri dari lokasi kejadian. - Ist

JAKARTA, Indonesia – Seorang lelaki di Tebing Tinggi, wilayah Sumatera Utara ditahan kerana memukul isterinya selepas terbongkar dia curang bersama wanita lain, lapor laman berita Suara.com semalam.

Si isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, membuat laporan di Balai Polis Tebing Tinggi. 

“Suspek dan mangsa merupakan pasangan suami isteri sah dan baru berkahwin sekitar dua bulan,” kata Ketua Perhubungan Masyarakat Balai Polis Tebing Tinggi, Agus Arianto kelmarin.

Menurut Agus, pasangan itu bertengkar selepas si isteri yang dikenali sebagai G, 33, melihat mesej perbualan suaminya, MI, 27, bersama seorang wanita pada telefon bimbit MI.

“Wanita itu menemui mesej WhatsApp daripada seorang wanita yang menjalinkan hubungan bersama suaminya,” dedah Agus.

Suspek yang panik, bertindak memukul isterinya menggunakan tangan, menyebabkan mangsa cedera di leher dan bahu.

Selepas melarikan diri dari lokasi kejadian, suspek ditahan di rumah seorang penduduk di Daerah Deli Serdang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI