PENGURUSAN Selangor FC tidak menafikan kualiti yang ada pada Theerathon Bunmathan dan melabel bintang Thailand itu mampu menghadirkan impak besar kepada mana-mana pasukan diwakilinya. Bagaimanapun, kekangan kos mungkin menjadi halangan buat Gergasi Merah untuk mendapatkan Theerathon, namun pengurusan tertinggi pasukan itu kini sedang mengintai peluang bagi membawa masuk lebih banyak penaja. Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon menjelaskan, pihaknya mendapati pemain pertahanan itu masih lagi memiliki kontrak dengan Buriram United dan yuran perpindahan juga akan membabitkan nilai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya