fbpx

Wanita hilang ditemukan dalam ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga emas dijumpai selamat pagi tadi setelah dilaporkan hilang sejak petang semalam di Bintulu, Sarawak

BINTULU – Seorang wanita warga emas dijumpai selamat setelah dilaporkan hilang sejak petang semalam selepas keluar mencari ikan di sekitar anak sungai di belakang rumahnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata Cherurai Mukan, 74, dari Rh. Samuli, Sungai Tau, Selangau dijumpai kira-kira pukul 8.30 pagi di sebuah ladang kelapa sawit.

“Mangsa dijumpai oleh orang awam di ladang kelapa sawit kira-kira lima kilometer dari lokasi terakhir warga emas itu dilihat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa dilaporkan keluar dari rumah dengan membawa peralatan menangkap ikan kira-kira pukul 2.15 petang semalam, namun sehingga pukul 5.30 petang dia tidak pulang.

Susulan itu, kira-kira 30 penduduk dari empat buah rumah panjang melakukan pencarian di sekitar belakang rumah dan kebun sawit, namun gagal menjumpai mangsa.

Penduduk kampung kemudian meneruskan pencarian seawal pukul 6.30 pagi tadi, sebelum ketibaan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI