JOHOR BAHRU – Sembilan anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dekat sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota polis terlibat terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 36 tahun.
“Mereka terdiri daripada anggota polis berpangkat rendah konstabel hingga koperal.
“Kesemua bertugas sebagai penjaga lokap di IPD Kota Tinggi. Mereka disyaki terlibat membawa masuk dadah ke dalam lokap untuk banduan yang ditahan dalam lokap terbabit,”katanya.
Ayob Khan berkata, hasil ujian air kencing mendapati dua anggota polis lelaki positif dadah.-K! ONLINE