fbpx

150,000 hektar kawasan tanaman padi guna amalan Smart SBB Ala Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (duduk) mengendalikan jentera mesin menanam padi pada Majlis Perasmian Smart BBB Ala Sekinchan, Kada di Bendang Tok Ajam, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

PASIR PUTEH – Kerajaan menyasarkan kira-kira 150,000 hektar kawasan tanaman padi di seluruh negara mempraktikkan amalan penanaman menerusi Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan di seluruh negara menjelang 2030.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah itu ditetapkan daripada keseluruhan tanaman padi di seluruh negara yang dianggarkan seluas 600,000 hektar.

Menurutnya, setakat ini, Perlis, Kedah, Kelantan dan Pahang sudah mengaplikasikan kaedah penanaman padi di sesetengah kawasan di negeri tersebut.

“Saya akan ke Sabah dan Sarawak pada awal bulan depan untuk membincangkan secara umum kaedah Smart SBB Ala Sekinchan agar kedua-dua negeri itu boleh diterokai sebagai jelapang padi.

“Permintaan beras di Sabah dan Sarawak ketika ini agak tinggi. Saya yakin pelaksanaan amalan Smart SBB sekurang-kurangnya akan menampung permintaan beras di dua negeri itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Smart BBB Ala Sekinchan, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada)di Bendang Tok Ajam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, selain itu, peruntukan sebanyak RM10 juta untuk mengekaport padi huma di Sabah dan Sarawak sudah diberikan pada tahun ini.

Katanya, sehubungan itu, pengenalan amalan Program Smart SBB Ala Sekinchan mampu mengembangkan lagi tanaman padi di kedua-dua negeri tersebut.

“Hasil beras negara ketika ini dikeluarkan sebanyak bawah 5 tan metrik. Apabila jumlah itu mencapai 7 tan metrik, kita boleh mengeksport hasil beras negara.

“Amalan penanaman Smart SBB juga membolehkan tuaian tanaman padi di seluruh negara sebanyak lima musim dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Smart SBB Ala Sekinchan merupakan model baharu dengan menerapkan amalan pertanian berhasil tinggi dengan mempraktikkan pengetahuan, sikap dan amalan yang dilancarkan pada Mei tahun lalu.

Program itu bermatlamat meningkatkan pendapatan pesawah dengan mengaplikasikan amalan penanaman padi terbaik dan mengeluarkan padi lebih bersasar menerusi pembangunan kawasan secara berkelompok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI