fbpx

KPDN gagalkan cubaan seleweng 1.5 juta liter diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggagalkan cubaan menyeleweng 1,522,922 liter diesel bersubsidi bernilai RM3,831,202 dari 1 hingga 25 Januari lalu.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, kejayaan itu diperoleh menerusi Ops Tiris 3.0 yang bertujuan membanteras penyelewengan diesel bersubsidi di seluruh negara.

“Statistik terkini menunjukkan dari 1 hingga 25 Januari 2024, terdapat 99 kes direkodkan di seluruh negara dengan hasil rampasan diesel mencecah 1,522,922 liter yang bernilai RM3,831,202,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Fuziah berkata, dalam usaha membanteras penyelewengan diesel bersubsidi di seluruh Malaysia, Ops Tiris 3.0 akan diteruskan dengan usaha yang lebih gigih dari semasa ke semasa.

Justeru, katanya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua penguat kuasa KPDN setiap negeri dalam usaha jitu menangani isu ketirisan diesel bersubsidi.

“Terima kasih atas kerja keras anda semua,,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI