fbpx

TMJ dilantik Pemangku Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Mahkota Ismail

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan Tunku Ismail itu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli memaklumkan pelantikan itu menerusi kenyataan rasmi kepada media hari ini.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi negeri dan jajahan takluk negeri Johor dengan nasihat dan persetaan Jumaah Majlis Diraja dan dengan kuasa dan kehendak Fasal 9(1)(d) dan (3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 telah suka dan berkenan melantik Waris Takhta Kerajaan Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai Pemangku Sultan Johor.

“Pelantikan ini hendaklah berterus selama Sultan Ibrahim menjalankan kerja-kerja Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sultan Johor turut mengurniakan gelaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor atau DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Gelaran kehormat ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk persuratan, ucapan dan doa.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim akan menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuatkuasa 31 Januari ini.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khas pada 27 Oktober tahun lalu bersetuju memilih Sultan Ibrahim menjadi Agong ke-17.

Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang penggalnya akan tamat pada 30 Januari 2023 (esok).

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI