fbpx

Trend janda Malaysia kahwin warga asing di selatan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita Malaysia dilaporkan memilih pasangan dari Pakistan, Bangladesh dan Indonesia. - Nuptials.ph

BANGKOK – Satu trend mengejutkan menyaksikan semakin ramai wanita Malaysia, terutamanya dari negeri-negeri Pantai Timur, bertindak menyeberangi sempadan untuk berkahwin dengan warga asing di selatan Thailand.

Laman berita Thaiger melaporkan, Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat menyatakan, 90 peratus daripada mereka adalah wanita berstatus janda yang cuba berkahwin secara sah di luar negara.

Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat mendedahkan punca di sebalik hubungan cinta rentas sempadan ini.

“Sebab paling lazim adalah wanita ini tidak mendapat kebenaran daripada keluarga mereka untuk berkahwin dengan warga asing.

“Selain itu, isu seperti ketiadaan wali dan prosedur perkahwinan kurang ketat yang ditetapkan pihak berkuasa agama Thailand juga menyumbang kepada trend ini,” katanya.

Menurut Aziz, wanita Malaysia lebih kerap mencari pasangan dalam kalangan warga asing dari Pakistan, Bangladesh dan Indonesia.

“Tidak dapat dinafikan bahawa sebilangan besar wanita Malaysia telah mengembara ke selatan Thailand untuk berkahwin dengan pasangan warga asing sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” tambahnya.

Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat merekodkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kes setiap bulan, dengan lonjakan perkahwinan campur dikesan sejak dua tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI