fbpx

Biskut jenama Lotus Biscoff disahkan halal – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk biskut Lotus Biscoff antara yang disahkan halal oleh Jakim.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan syarikat pengeluar biskut jenama Lotus Biscoff, Lotus Bakeries adalah pemegang sijil pengesahan halal dari Halal Food Council of Europe (HFCE).

Bahagian Pengurusan Halal, Jakim menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, sebagai makluman, HFCE juga adalah badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim di Belgium.

“Kami kerap menerima pertanyaan daripada pengguna di media sosial berkaitan status halal produk biskut jenama Lotus Biscoff ekoran tersebarnya sijil pengesahan halal dari Halal Food Council of Europe (HFCE) dan dijual secara dalam talian.

“Berdasarkan semakan kami, syarikat pengeluar biskut berkenaan adalah pemegang sijil pengesahan halal dari HFCE,” katanya.

Katanya, antara produk yang dipersijilkan halal oleh HFCE adalah Lotus Biscoff – The Original Caramelized Biscuit, Lotus Biscoff – Spread Smooth, Lotus Biscoff – Spread Crunchy, Lotus Biscoff – Crumble dan Lotus Biscoff – Topping.

Menurutnya lagi, pengguna yang ingin mengetahui maklumat lanjut produk-produk yang dipersijilkan halal oleh HFCE boleh emel ke [email protected] atau ke laman www.hfce.eu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI