fbpx

Piala Asia: Sang Garuda mahu terbang tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDONESIA mara ke pusingan 16 pasukan terbaik selaku pasukan di tempat ketiga terbaik bersama tiga lagi pasukan. - AFP

DOHA – Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mula bercita-cita besar untuk cipta satu lagi sejarah membawa pasukan layak ke pusingan suku akhir Piala Asia kali ini.

Walaupun Australia menanti mereka di pusingan 16 terbaik, jurulatih tersebut menaruh harapan besar bagi merealisasikan impian peribadinya menentang negara kelahirannya, Korea Selatan sekiranya pasukan itu mara ke suku akhir.

“Saya berterima kasih kepada pemain Indonesia dan Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) kerana memacu pasukan ini ke pusingan 16 terbaik.

“Saya berharap Korea Selatan dan Indonesia akan bertemu sesama sendiri di pusingan suku akhir sekaligus mampu menyajikan aksi hebat,” katanya yang kini mencipta sejarah membawa Indonesia mara ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama.

Mengikut jadual pertandingan, Korea Selatan yang dikejutkan keputusan seri 3-3 dengan Malaysia akan bertemu juara tiga kali, Arab Saudi dan jika menang, Taegeuk Warriors akan bertemu pemenang aksi Indonesia dan Australia.

Skuad Garuda yang mengutip tiga mata dalam saingan Kumpulan D mara ke pusingan 16 pasukan terbaik sebagai empat pasukan ketiga terbaik bersama Jordan, Palestin dan Syria.

Selain mengiringi Thailand sebagai dua wakil Asia Tenggara yang mara ke pusingan kalah mati, Indonesia juga mencuri perhatian apabila berjaya menjaringkan gol dalam semua tiga aksi Kumpulan D termasuk ketika menentang juara empat kali, Jepun dan juara 2007, Iraq. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI