fbpx

Isu Palestin: Malaysia kemuka penyerahan lisan di ICJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD hadir ke majlis Kenduri Rakyat DUN Kota di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kota hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

REMBAU – Malaysia akan mengemukakan penyerahan lisan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 22 Februari ini berhubung isu kekejaman Israel terhadap Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai negara yang menyokong kes dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948, beliau akan ke ICJ di The Hague, Belanda bagi membawa pendirian Malaysia mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, Malaysia mengalu-alukan dan gembira dengan keputusan oleh pihak ICJ semalam, yang turut menetapkan enam langkah sementara terhadap kes dibawa Afrika Selatan terhadap Israel.

“Ini dipanggil langkah sementara… sementara menunggu perbicaraan penuh yang mana Malaysia iaitu saya sendiri akan membuat oral submissions (penyerahan lisan) pada 22 Februari ini nanti di ICJ, The Hague.

“Di ICJ itu nanti, kita akan bawa suara Malaysia kerana kita merupakan negara pertama yang menyokong Afrika Selatan yang bawa kes ini di ICJ,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke majlis Kenduri Rakyat DUN Kota di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia juga akan memastikan supaya bantuan kemanusiaan termasuk perubatan dan makanan dapat masuk ke Gaza bagi membantu rakyat yang kini sedang menderita kebuluran.

“Mereka (Israel) menjadikan kebuluran ini sebagai salah satu taktik perang mereka untuk menghalau rakyat Palestin keluar dari negara mereka. Jadi ketetapan (ICJ) ini amat kita alu-alukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI