fbpx

Daerah Jeli paling sedikit penduduk miskin, miskin tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasri (dua dari kanan) semasa menyampaikan bantuan rumah kepada penerima sempena Program Jelajah eKasih di Padang Dewan Kompleks Serbaguna MDGM, Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Daerah Jeli merekodkan jumlah bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar terendah iaitu 2,710 KIR berbanding sembilan daerah lain di negeri ini setakat ini.

Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Jasri Kassim berkata, Kota Bharu masih mendahului senarai paling ramai KIR yang dikategorikan sebagai miskin apabila seramai 15,282 KIR berdaftar dengan eKasih.

Katanya, jumlah itu kemudiannya diikuti Pasir Mas dengan 8,501 KIR, Tumpat (7,846), Bachok (7,285), Pasir Puteh (6,719), Tanah Merah (6,594), Kuala Krai (6,469), Gua Musang (4,670) dan Machang (4,397).

“Ia merupakan jumlah kumulatif yang terkumpul daripada tahun sebelumnya berdasarkan data eKasih sehingga 1 Januari tahun ini.

“Orang ramai yang berada di bawah paras pendapatan kemiskinan digalakkan untuk mendaftar eKasih atau Pangkalan Data Utama (Padu) sekali gus layak mendapat faedah dan bantuan kerajaan,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah eKasih di Padang Dewan Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jasri memberitahu, mereka yang berdaftar dengan eKasih layak menerima beberapa jenis bantuan termasuk pembinaan rumah baharu dan menaik taraf rumah yang uzur.

Katanya, sebanyak 120 unit rumah dijangka akan dibina untuk golongan miskin dan miskin tegar melibatkan kira-kira kos RM9.6 juta di negeri ini pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI