fbpx

Guna magnet pancing 51 basikal sewa dalam terusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Charret berdiri di sebelah sejumlah basikal sewa yang ditarik keluar dari Terusan Ourcq di Perancis. – AFP

PANTIN, Perancis – Dua pemancing menggunakan magnet bagi menaikkan 51 buah basikal sewa dari dalam Terusan Ourcq dekat Paris minggu lalu.

“Kami menarik keluar 20 basikal dalam tempoh 30 minit pertama,” kata Clement Charret kelmarin.

Dia melakukan aktiviti itu di terusan yang bersambung dari utara dan timur kota Paris sejak 18 bulan lalu.

Charret, 20, bersama rakan, Enzo juga menemui sebuah skuter dan papan tanda isyarat dalam terusan sama.

Kira-kira 15 basikal sewa itu telah dituntut syarikat Velib yang menawarkan skim sewaan basikal kepada orang ramai.

Baki basikal bersalut lumpur disusun di tebing terusan itu.

Charret ialah seorang pelajar dan tinggal dekat kawasan subbandar Pavillon-sous-Bois.

Dia mendakwa ada beberapa barang lain yang disifatkan lebih menarik pernah ditarik keluar dari terusan itu menggunakan kaedah sama.

“Satu bayonet dari zaman Perang Dunia Pertama dan sepucuk pistol revolver semasa era pemerintahan Napoleon III,” jelasnya.

Tahun lalu, dia juga me­nemui dua butir artileri Perang Dunia Kedua dan satu pasukan pemusnah periuk api Perancis tiba di situ untuk menguruskan perkara itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI