fbpx

EPL: Klopp sah tinggalkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengumumkan bahawa beliau akan mengosongkan jawatannya sebagai pengurus pasukan tersebut pada hujung musim ini selain staf kejurulatihan melibatkan penolong pengurus, Pep Lijnders dan Peter Krawietz serta jurulatih pembangunan elit, Vitor Matos juga bakal berbuat demikian.

Sepanjang tempoh lapan tahun setengah di Anfield, Klopp berjaya menghadiahkan enam piala buat pasukan tersebut dan setakat ini Liverpool muncul sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris, mara ke pentas final Piala Liga Inggeris dan masih bersaing dalam kempen Liga Europa serta Piala FA.

“Saya faham bahawa ini adalah siatu yang mengejutkan buat sesetengah orang kerana anda mendengarnya buat kali pertama, tetapi saya akan memberikan penjelasan atau sekurang-kurangnya cuba untuk menjelaskan kepada anda mengenai keputusan ini.

“Sudah pastinya semua yang ada di kelab ini menyenangkan saya dan membuatkan saya sayang. Saya gembira untuk berada di bandar ini, mencintai semua para penyokong dan kakitangan kelab ini.

“Namun, saya percaya bahawa ini adalah keputusan yang terbaik perlu saya ambil,” katanya.

Bagaimanapun, Klopp mengakui beliau tidak akan menerima mana-mana tawaran daripada kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris sebaik melepaskan tugasnya di Anfield, namun tidak mengesahkan destinasi kariernya selepas ini.

Ketika ini beberapa nama dikaitkan sebagai pengganti Klopp dan spekulasi kencang mengaitkan bekas pemain Liverpool, Xabi Alonso yang sedang menikmati detik terbaik bersama Bayer Leverkusen sebagai pengganti pengurus dari Jerman itu. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI