NEW DELHI – Seorang wanita memfailkan perceraian kerana suaminya membawa dia ke Ayodhya serta Varanasi dan bukannya Goa untuk percutian bulan madu mereka, lapor akhbar Deccan Herald semalam.
Pada 19 Januari lal iaitu 10 selepas pasangan itu pulang dari percutian mereka, pemfailan perceraian tersebut diterima oleh sebuah mahkamah keluarga di Bhopal.
Menurut wanita berkenaan, pasangannya bekerja dalam industri teknologi maklumat.
Melancong ke luar negara untuk berbulan madu tidak menjadi masalah bagi mereka kerana wanita itu juga bekerja dan bergaji besar.
Namun, pasangan itu memutuskan untuk berbulan madu di Goa selepas si suami menjelaskan bahawa dia perlu menjaga keluarganya.
Bagaimanapun, tanpa memberitahu isterinya, si suami membeli tiket ke Ayodhya dan Varanasi.
Sehari sebelum mereka berangkat, si suami memberitahu isterinya bahawa jadual perjalanan telah diubah dan mereka akan melawat Ayodhya kerana ibunya teringin melawat bandar itu. – AGENSI