fbpx

Malaysian University calon juara trebel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Malaysian University, Nor Izaidah Ibrahim (depan, kanan) menunjukkan jersi yang akan digunakan pada saingan MHL bermula 1 Februari ini. - FB SUKAN IPT

KETUA Jurulatih skuad hoki wanita Malaysian University, Lailin Abu Hassan enggan menganggap pasukannya sebagai pilihan utama untuk menjuarai kejuaraan trebel menjelang saingan musim baharu Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 bermula 1 Februari ini.

Bagaimanapun, Lailin menyahut cabaran tersebut kerana mempercayai kemampuan barisan pemainnya untuk merealisasikan sasaran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan memenangi dua daripada tiga trofi dipertandingkan musim ini.

Apatah lagi pasukannya diperkuatkan dengan sembilan pemain kebangsaan selain dua bintang seperti Nur Zafirah Aziz dan Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri yang kini mewakili Malaysia di pentas Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5s) di Muscat, Oman.

“Musim ini saya kita ada beberapa pencabar seperti juara bertahan, Negeri Sembilan, PDRM Blue Warriors, Terengganu (Hockey Ladies Team) dan pasukan jemputan dari China, Lioning.

LAILIN yakin barisan pemainnya mampu merealisasikan sasaran pengurusan dengan memenangi dua daripada tiga trofi dipertandingkan pada MHL 2024. – FB SUKAN IPT

“Walaupun kami ada sembilan pemain kebangsaan, tetapi saya dengar pasukan-pasukan lain juga ada yang mendapatkan khidmat tenaga import dari India dan China. Jadi cabaran agak juga sebenarnya.

“Cumanya kami akan tetap cuba memenuhi sasaran pengurusan dengan memenangi dua trofi iaitu MHL dan salah satu sama ada Piala Sumbangsih atau Piala Vivian May Soars,” katanya.

Pasukan yang mendapat suntikan tajaan daripada Lets Play Performance itu bertekad merampas semula kejuaraan Piala Vivian May Soars yang dimenangi tiga tahun berturut-turut sejak 2020 sebelum terlepas ke tangan Negeri Sembilan musim lalu.

Ia akan menjadi lebih manis sekiranya Malaysian University berjaya menjuarai saingan MHL buat kali pertama dalam sejarah selepas sekadar muncul naib juara edisi 2022 dan 2023.

Lima lagi pasukan wanita yang akan mengambil bahagian dalam saingan MHL bermula 1 Februari hingga 9 Mac nanti adalah Kedah, Mutiara Impian-MSSPP-PSHA, MSP–PHP, Kuala Lumpur City dan CS Mustang HT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI