fbpx

Piala Asia: Indonesia tak jadi balik awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDONESIA meraih satu kemenangan yang membantu mereka layak ke pusingan seterusnya biarpun berdepan dua kekalahan di peringkat kumpulan. – AFP

DOHA – Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mengakui, sangat gembira apabila kerja keras pa­sukan membuahkan hasil selepas sah layak ke pu­singan 16 terbaik buat kali pertama dalam sejarah penyertaan Piala Asia.

Sebagai rekod, skuad Sang Garuda berjaya menamatkan saingan kumpulan dalam kelompok empat negara di tempat ketiga terbaik selain daripada Jordan, Palestin dan Syria.

Kata Tae-yong, kejayaan yang diraih adalah hasil kerja keras serta komitmen penuh diberikan oleh semua pihak khusus­nya ­barisan pemain muda yang dibawa pada kempen 2023 di Qatar kali ini.

“Saya sangat gembira apabila kita berjaya me­langkah ke pusingan seterusnya dengan meraih satu kemenangan dan dua kekalahan. Namun, apa yang penting anda boleh lihat kerja keras pasukan sepanjang kejohanan ini.

“Saya sangat bersyukur ke­rana tanpa kerja keras, mungkin Tuhan juga tidak mahu memberikan ganjaran seperti ini. Sekarang peluang kita buktikan keupayaan di pusingan 16 negara terbaik,” kata pengendali import dari Korea Selatan itu.

Sementara itu, pemain Sang Garuda, Adam Alis mengakui, barisan pemain hampir sahaja ‘kemas bagasi’ sebelum menyaksikan Kyrgyzstan berjaya mengikat Oman 1-1 pada aksi terakhir Kumpulan F malam kelmarin.

“Allah adalah sebaik-baik ­perancang. Kami semua hampir sahaja pulang ke tanah air,” kata pemain tengah berusia 31 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI