TAK sangka pula perkahwinan Atikah Suhaime yang kini bergelar datin mendapat begitu banyak perhatian dalam media sosial baru-baru ini.
Selepas diumumkan sah bergelar isteri kepada Datuk Lokman Teh, ramai yang tumpang bahagia bahkan ada pula menangis kegembiraan.
Kata mereka, bahagia akhirnya menjadi milik Atikah selepas melalui pelbagai episod hitam dalam hidup beberapa tahun lalu seperti putus tunang dan sebagainya.
Tidak kurang juga ada yang memuji kecantikan luar biasa Atikah pada majlis pernikahan yang berlangsung pada Ahad lalu. Persis seorang puteri katanya!
“Kalau teringat kisah silamnya, memang sedih tetapi kini dia wanita terbahagia. Tahniah Atikah.
“Ini baru betul pepatah selepas hujan pasti ada pelangi. Tumpang bahagia, sebak pula rasa,” kata netizen.
Selain itu, momen bapa mentuanya menitiskan air mata ketika sesi bersalaman selepas majlis pernikahan turut mengundang perhatian ramai.