APA sudah jadi dengan Nabila Razali? Semakin hari semakin menjadi-jadi sifat gila-gilanya dalam media sosial.
Jangan risau, bukan penyakit serius tetapi kegilaan Nabila melakukan pelbagai tarian TikTok. Hampir setiap hari pasti ada sahaja video dimuat naik.
Rata-ratanya terhibur dengan aksi bersahaja Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, yang dikatakan semakin kelakar dan terserlah sikap ‘gila-gila’ selepas mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan.
“Nabila Razali ‘rosak’ teruk selepas kahwin, tapi muka makin berseri-seri, cantik!
“Lawanya walaupun tak mekap.Makin kelakar sejak kahwin,” kata netizen.
Meskipun dilabel ‘rosak’, kebanyakan video berjaya mencecah lebih sejuta tontonan dan membuatkan ramai terhibur dengan telatahnya.