fbpx

Ular sawa kekenyangan telan kambing 25kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APM Kuala Pilah mengambil masa kira-kira tiga minit bagi menangkap seekor ular sawa seberat 120 kilogram di Terentang, Batu Kikir, di sini tengah malam tadi. -Foto APM

KUALA PILAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah mengambil masa kira-kira tiga minit bagi menangkap seekor ular sawa seberat 120 kilogram di Terentang, Batu Kikir, di sini tengah malam tadi.

Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, sebaik menerima panggilan pada pukul 12.12 tengah malam, seramai empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pemanggil telefon iaitu penduduk memaklumkan terdapat ular sawa batik di kawasan berdekatan kandang kambing miliknya.

“Penduduk sedar apabila seekor kambingnya telah mati diserang ular dan menjadikan kambing itu sebagai umpan untuk menangkap ular tersebut.

“Setibanya di lokasi, anggota APM dibawa berhampiran kandang dan berjaya menangkap ular sawa batik yang dalam keadaan kekenyangan setelah menelan seekor kambing seberat 25 kilogram,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohamad Ghazali berkata, ular itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia untuk tindakan lanjut.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI