fbpx

Bayi satu tahun mati didera, suami isteri ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kematian seorang bayi lelaki di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, di sini kelmarin.

Suspek yang juga Ibu bapa saudara kepada mangsa berusia setahun enam bulan itu difahamkan merupakan penjaga kepada bayi itu setiap kali ibu bapanya ke tempat kerja.

Bapa saudaranya berusia 20-an telah membawa mangsa ke Hospital Shah Alam selepas dikatakan tidak sedarkan diri di kediaman terbabit.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika rawatan dan hasil pemeriksaan serta bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera.

Difahamkan, bayi terbabit akan dihantar ke rumah suspek setiap kali ibu bapanya ke tempat kerja dan dijaga oleh pasangan suami isteri itu

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan bunuh.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur penderaan ke atas bayi terbabit.

“Susulan itu kita membuat dua tangkapan iaitu sepasang suami isteri, dengan mereka akan direman hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak 2001.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI