fbpx

Guna treler seleweng 4,320 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN melakukan pemeriksaan terhadap treler tersebut

SHAH ALAM – Kegiatan haram dua pemandu lori cuba menyeleweng diesel subsidi gagal apabila ditangkap di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Persekutuan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, kedua-dua suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditangkap bersama 4,320 liter diesel bernilai RM9,288 oleh pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor, Mohd. Khairi Jamaludin berkata, kejayaan itu hasil tindakan pantas pihaknya yang mengesan masing-masing sebuah lori dan treler kontena dalam keadaan mencurigakan sedang melakukan pengisian diesel secara tidak sah serta dipercayai dibeli untuk tujuan penyelewengan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati jentera berat tersebut telah membuat pengubahsuaian dengan meletakkan Intermediate Bulk Container (IBC) yang berfungsi untuk menyimpan bahan api jenis petrol dan diesel.

“Sitaan telah dibuat ke atas kedua-dua buah lori yang berisi masing-masing 10 unit dan lapan unit tong IBC berisi keseluruhan 4,320 liter diesel.

“Kita turut merampas peralatan seperti hos getah serta pam penyedut yang digunakan untuk membuat pengisian serta pemindahan bahan api itu,” katanya hari ini.

Jelas beliau, anggaran nilai rampasan keseluruhan termasuk lori dan treler berjumlah RM113,498.

Kes disiasat mengikut iaitu Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) Akta Kawalan Bekalan 1961. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI