fbpx

Piala Asia: PM ucap tahniah kepada Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan tahniah di Facebook Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya memberikan tentangan sengit kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut berharap pasukan bola sepak negara akan meneruskan perjuangan mereka dan tidak menyerah kalah.

“Tahniah Harimau Malaya beri tentangan sengit kepada Korea Selatan. Terima kasih daripada seluruh rakyat Malaysia. Teruskan perjuangan anda selepas ini, usah menyerah kalah,” katanya, semalam.

Skuad Harimau Malaya hampir menumbangkan juara dua kali Korea Selatan sebelum mencatat keputusan seri 3-3, sekali gus menyaksikan Korea Selatan kekal di posisi kedua Kumpulan E dengan mengumpul lima mata sementara Malaysia pulang membawa satu mata.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, keputusan berkenaan merupakan hadiah terbaik kepada rakyat Malaysia di Qatar dan seluruh negara.

“Harimau Malaysia mengukir nama di pentas Asia. Kami akan kembali dalam Piala Asia akan datang. Apabila kita berusaha sepenuh hati dan jiwa dalam semua yang kita lakukan, dunia akan menyedarinya.

“#RoadToGold. Encik Kim Pan Gon, anda hebat! Datuk Hamidin dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tahniah FAM),” ujarnya menerusi hantaran di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI