PETALING JAYA – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.
Pada masa sama, beliau turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.
Sebelum ini, media melaporkan Wan Junaidi telah meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Negara dan dikatakan sedang bersiap sedia untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak baharu.
Pelantikan beliau adalah untuk menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan tersebut sejak 2014. – KOSMO! ONLINE