fbpx

Guru KAFA pukul ibu angkat gara-gara minta wang belanja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) bertindak di luar kawalan apabila memukul ibu angkatnya dalam kejadian di Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Sering Ukay Indah, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 76 tahun pada pukul 12 tengah hari, 19 Januari lalu.

Mangsa mendakwa dia dipukul anaknya yang berusia 28 tahun semasa berada di rumahnya.

“Siasatan awal mendapati suspek berang kerana pengadu meminta wang belanja barang dapur.

“Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan pada kepala, leher dan pinggang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada kepala dan abdomen.

Susulan laporan itu, polis memberkas guru itu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Suspek bebas sebarang pengambilan dadah dan mempunyai satu rekod jenayah. Permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Ampang. Suspek dibenarkan direman selama empat hari mulai hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI