fbpx

Ahli Parlimen, ADUN dan menteri baharu dicadang guna skim KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan agar Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bakal menteri dan Exco kerajaan negeri yang dilantik selepas 1 Februari tidak berpencen, sebaliknya menggunakan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, usaha itu sedikit sebanyak dapat meredakan kemarahan rakyat sekali gus menunjukkan kerajaan memberikan keadilan kepada semua.

“Sungguhpun ada segelintir rakyat memahami beban fiskal yang diwarisi Kerajaan Madani khususnya bebanan hutang RM686.8 bilion yang ditinggalkan pada tahun 2017 berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat melebihi RM1.5 trilion setelah negara dirosakkan oleh dua pemerintahan sebelum ini.

“Namun, tidak semua boleh menerima layanan berbeza diberikan kepada menteri-menteri baru yang masih menikmati sistem berpencen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lokman berkata, kerajaan tidak boleh berharap agar rakyat sedar bahawa seseorang ahli politik biasanya telah berkhidmat berpuluh tahun sebelum diberi peluang menjadi wakil rakyat apatah lagi menteri.

“Ini mengakibatkan mereka berpandangan, adalah tidak adil sekiranya penjawat awam lantikan baru diwajibkan mengambil sistem KWSP, manakala Ahli-Ahli Yang Berhormat baru masih menikmati pencen setelah berkhidmat untuk tempoh sepenggal sahaja,” ujarnya.

Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar Kabinet mempertimbangkan perkara tersebut sepertimana penjawat awam yang dilantik selepas 1 Februari.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas 1 Februari adalah tidak berpencen.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI