fbpx

Jangan tercabar dengan saya – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elly Mazlein menegaskan kehadirannya sebagai pengacara bukan untuk mencabar sesiapa apatah lagi bersaing dengan mana-mana pihak.

KUALA LUMPUR – Tiada istilah menenggelamkan sesiapa. Itu penegasan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein yang enggan memeningkan kepala berhubung dakwaan kerap ‘menenggelamkan’ rakan pengacara setiap kali bergandingan mengendalikan sesebuah majlis atau program hiburan.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Elly, 44, berkata isu siapa ‘tenggelam’ atau siapa timbul tidak sepatutnya tidak perlu dibangkitkan secara terbuka, sebaliknya boleh dibincangkan ketika sesi membaca skrip sebelum bermulanya sesebuah acara.

Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom itu menjelaskan, kehadirannya sebagai pengacara bukan untuk mencabar sesiapa apatah lagi bersaing dengan mana-mana pihak.

“Sebagai kawan-kawan, sepatutnya boleh berbincang sebab ada bacaan skrip, jadi jangan syok sendiri sebab bukan acara kau seorang tetapi secara bersama. Itu sebabnya kita jangan shaking (tercabar).

“Jangan ilusi macam saya nak lebih ke apa. Kena ingat bahawa program tersebut dimiliki oleh syarikat dan kita ada kerja, sepatutnya buat sebaik mungkin.

“Saya malas hendak bergaduh sebab rezeki sebab malu ditambah pula sesama orang Islam. Nasihat saya, jangan tercabar, itu sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancancaran single baharunya berjudul Sayap di sini, semalam.

Dalam masa sama, Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi juga tidak tiada masalah sekiranya diboikot hanya disebabkan prinsipnya dalam pekerjaan. Dia sentiasa percaya bahawa rezeki sudah diaturkan Tuhan.

Bintang drama Kampung People itu juga sempat menyindir segelintir individu supaya tidak tergugat dek kehadirannya. Dia juga memilih untuk bekerja dalam keadaan tenang daripada menyerabutkan fikiran dengan isu yang dianggap ‘sampah’.

“Saya lebih selesa memikirkan tentang ketenangan dan positiviti serta tiada masa nak fikir tentang hal sampah.

“Sejujurnya selepas menang anugerah Pengacara Paling Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 tahun lalu, saya dapat merasakan kesukarannya. Saya lahir dalam industri ini bukan sebagai pencabar.

“Kita sama-sama mencari rezeki dan ingin kerja dengan ikhlas. Kalau mahu bergaduh pasal rezeki, saya memang akan tarik diri,” ujarnya.

Tahun lalu, Elly mengejutkan ramai apabila menarik diri sebagai hos program All Stars Gegar Vaganza.

Sehingga hari ini, Elly tidak pernah berkongsi secara lanjut mengenai punca penarikan diri tersebut dan hanya memaklumkan keputusan itu diambil kerana mahu memberi keselesaan kepada orang lain merujuk kepada dua pengacara program berkenaan,  Nabil Ahmad dan Jihan Muse. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI