fbpx

Cantik semula jadi, Che Ta tak pernah suntik wajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon juga usahawan popular, Rozita Che Wan mengaku tidak pernah melakukan sebarang rawatan suntikan untuk mengekalkan kecantikan wajahnya.

Menurut Rozita atau Che Ta, 51, suaminya, Zain Saidin melarangnya daripada melakukan sebarang rawatan yang boleh mengubah wajah.

“Saya teringin juga lakukan rawatan seperti suntikan sebab ramai yang buat, tetapi suami tidak benarkan dan tidak suka dengan wanita yang ‘buat muka’.

“Dia okey andai kulit saya berkedut seiring dengan peningkatan usia. Jadi, saya tidak buat sebaliknya hanya jaga kulit dengan produk yang sesuai dan rawatan ‘facial’ biasa.

“Sebenarnya Zain tidak pernah larang untuk saya lakukan apa-apa kecuali dia selalu tegur bab pakaian dan aurat,” kata Che Ta.

Menyedari kecantikan amat penting buat wanita, Che Ta jugq ingin melihat ramai wanita peka terhadap penjagaan kulit wajah.

Atas dasar itu, Che Ta yang juga pengasas jenama by RCW itu muncul dengan produk baharu  Glow Edition.

Set Glow Edition yang berharga RM59.90 tersebut mengandungi tiga produk iaitu serum Cekang Jelita, foundation pelindung matahari dan sabun pencuci wajah (gold bar soap) dan telah menjalani sesi penyelidikan selama enam bulan sebelum di keluarkan di pasaran.

“Serum Cekang Jelita jika dipakai kulit akan tegang dan anjal. Mahu cantik pada usia emas jangan tunggu berusia mahu cari produk seperti ini.

“Tetapi muda-muda lagi perlu jaga dan amalkan penjagaan wajah dan perlu konsisten tidak kira apa produk yang dipakai,” ujar Che Ta yang menggunakan sistem stokis dan jualan di TikTok untuk menjual produknya.

Tambah Che Ta, dia memilih untuk mengeluarkan produk mampu milik kerana mahu semua golongan wanita kelihatan cantik.

“Saya tidak mahu dengar ayat, ada duit baru boleh cantik. Sebab itu saya keluarkan produk yang semua wanita mampu beli.

“Set yang disediakan juga ringkas sesuai untuk wanita yang sibuk dan mahukan penjagaan asas wajah,” tutur Che Ta yang ditemui pada majlis pelancaran produk serum Cekang Jelita semalam.

Sambung Che Ta lagi, tahun ini jenama by RCW bakal melancarkan lima produk pada tahun ini.

“Tahun lepas memang saya tidak keluarkan sebarang produk kerana mahu jalani proses penyelidikan yang memakan masa.

“Oleh itu, tahun 2024 by RCW akan muncul dengan produk baharu setiap dua minggu termasuk produk penjagaan badan,” kongsi Che Ta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI