fbpx

Tiga lelaki tipu pelaburan mata wang kripto RM12 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (kanan) pada sidang akhbar di IPK Perak, Ipoh hari ini.

IPOH – Polis menahan tiga lelaki warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam penipuan pelaburan mata wang kripto membabitkan kerugian berjumlah RM12 juta, dua tahun lalu.

Kesemua suspek berusia 35 hingga 55 tahun itu ditangkap dalam tangkapan berasingan di sekitar Lembah Klang dan Pahang, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tangkapan terhadap kesemua suspek itu membawa kepada rampasan 54,996.8 USDT dengan anggaran nilai semasa berjumlah RM259,955.80.

Katanya, tangkapan susulan akan dijalankan bagi mengesan suspek lain yang masih bebas.

“Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency JSJK telah membuat analisis ke atas transaksi yang dibuat mangsa dan berjaya mengesan suspek-suspek yang menerima mata wang kripto tersebut.

“Kesemua mereka berjaya ditangkap dalam siri tangkapan di Lembah Klang dan Pahang pagi tadi (hari ini),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI