fbpx

7,000 peserta gegar larian ASIHM21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan larian Anak Sarawak International Half Marathon (ASIHM21) di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Penganjuran larian Anak Sarawak International Half Marathon (ASIHM21) mendapat sambutan luar biasa apabila kira-kira 7,000 peserta bakal membanjiri ibu negara bermula 3 Februari ini nanti.

Lebih menarik, larian ASIHM21 anjuran Sarawak Volunteers (SV) tersebut akan berlangsung pada waktu malam bermula pada jam 7 malam dan peserta disajikan pengalaman merentas laluan di dua lebuh raya utama negara iaitu Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang (Suke) dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ASIHM21 bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan sukan di negara ini selepas acara maraton tersebut bakal disertai peserta dari Amerika Syarikat (AS), Sepanyol, Jerman, Itali, Kanada, Argentina, Turki, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

“Program ini merupakan kali kedua dilaksanakan oleh Sarawak Volunteers dan kali ini dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta beberapa senarai penaja bersama.

“Tujuan kita laksanakan program ini untuk nak mengalakkan gaya hidup sihat dan selain itu bagi memaparkan keadaan sekitar Kuala Lumpur yang begitu cantik sekali gus mampu menjadi satu destinasi tarikan untuk sukan maraton terutama pengalaman menyaksikan pemandangan yang cantik pada waktu malam.

 

“Saya harap dengan adanya ASIHM21 ini akan jadi daya penarik kepada pelancong yang mengambil bahagian acara maraton ini,” katanya ketika merasmikan program larian maraton tersebut di sini hari ini.

Acara larian berprestij itu bakal mempertandingkan tiga kategori iaitu 6 kilometer (km) 11 km dan 21 km dengan tawaran hadiah terkumpul bagi ke semua kategori sebanyak RM60,000.  -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI