fbpx

Hujan hanya di kawasan seluas 3 meter persegi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUJAN ganjil turun di kawasan seluas 3 meter persegi di daerah Mayangan, Kota Probolinggo semalam.- Foto Surya Malang/Istimewa

JAKARTA  – Fenomena hujan ganjil berlaku di tanah seluas sekitar 3 meter persegi  di kawasan pelancongan daerah Mayangan, Kota Probolinggo, Pulau Jawa semalam, lapor portal berita Tribun Trends.

Kawasan lain di sekitar sebuah zoo itu tidak dilanda hujan.

Fenomena itu dikenali sebagai hujan lokal di Indonesia. 

Seorang saksi dikenali sebagai Sukamto berkata: “Air hujan cuma turun di kawasan seluas 3 meter sahaja, tempatnya dekat tandas. Di luar kawasan  itu kering dan tidak dilanda hujan.

“Ini baru pertama kali saya melihat fenomena hujan lokal. Ia pertama kali berlaku di sini,” katanya.

Ketua Pelaksana Badan Tindak Balas Bencana Daerah (BPBD) Probolinggo, Sugito Prasetyo berkata, hujan lokal terjadi disebabkan oleh awan tertumpu di sebuah kawasan.

Ia ditambah dengan kehadiran putaran angin di bawah awan

“Disebabkan faktor tersebut, muncullah hujan lokal,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI