fbpx

Zidane mahu terus bimbing Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIDANE masih percaya skuadnya mampu melayakkan diri. – AFP

DONETSK – Jurulatih Real ­Madrid, Zinedine Zidane me­ngakui bahawa beliau tidak akan meletak jawatan biarpun pasukan kendaliannya mempamerkan aksi buruk ketika tewas 0-2 kepada Shakhtar Donetsk awal pagi semalam.

Harapan Real untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik semakin samar selepas aksi ber­kenaan apabila Shakhtar me­raih kemenangan hasil jaringan Dentinho dan Manor Solomon.

Keputusan tersebut menyaksikan Real tewas kedua-dua perlawanan menentang Shakhtar termasuk tunduk 2-3 ketika aksi pertama di Madrid Oktober lalu.

Zidane pastinya merasai tekanan ketika ini apabila Real juga tewas dalam tiga daripada lima perlawanan pentas Eropah untuk mengumpul lima mata sahaja.

“Saya tidak akan meletakkan jawatan, tidak sama sekali.

“Kami pernah berdepan situasi seperti ini. Memang benar ia adalah keputusan yang teruk tetapi kami perlu terus mengharunginya.

“Kami telah melakukan persiapan dengan baik untuk perlawanan ini tetapi kami tahu masih ada perlawanan lagi selepas ini dan perlu untuk memenanginya,” katanya.

Los Blancos sebelum ini tewas kepada Alaves pada aksi La Liga hujung minggu lalu dan Zidane mengakui mereka turun menentang Shakhtar dalam keadaan kekurangan semangat dan moral.

“Saya percaya kami masih mempunyai kekuatan. Ketika menentang Alaves kami mungkin tidak layak menang tetapi kami sepatutnya mampu meraih kemenangan di sini.

“Kami tidak ada pilihan kecuali terus bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang lebih baik,” ujarnya.

Zidane perlu memberikan perhatian kepada bahagian pertahanan apabila mereka bolos sembilan gol dalam lima aksi peringkat kumpulan menjadikan rekod itu paling buruk dalam sejarah kelab berkenaan dalam saingan Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI