fbpx

Burger belalang semakin popular di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BURGER belalang kini menjadi kesukaan penduduk di Arab Saudi. - Foto X

RIYADH  – Hidangan burger belalang  semakin digemari oleh penduduk dan menjadi trend baharu di Arab Saudi, lapor portal berita Gulf News.

Hidangan itu dijual pada harga 7.50 riyal (RM9.47)  termasuk roti ban, belalang, bawang, sos dan ramuan lain.

Pada kebiasaannya, serangga itu banyak terdapat di wilayah seperti Madinah dan Qassim.

Walaupun serangga itu boleh dijadikan makanan dan popular dalam kalangan penduduk,  tidak banyak restoran di  Arab Saudi yang mahir menyediakan hidangan belalang.

Ramai peminat belalang berkongsi pengalaman mereka memburu, menangkap dan memasak serangga itu di media sosial.

Menurut Gulf News pada Sabtu lalu, satu beg berisi 100 ekor belalang dijual pada harga 50 riyal (RM63.11). – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI