fbpx

Lelaki 3 minggu tinggal di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu berkelakuan agresif terhadap pelancong dan kakitangan lapangan terbang. - Getty

WARSAW – Seorang lelaki tinggal di sebuah lapangan terbang di Poland selama tiga minggu dan meminta wang tunai daripada pelancong, lapor akhbar Metro UK semalam.

Lelaki dikenali sebagai Prince N itu tiba di Lapangan Terbang Katowice pada 1 Januari lalu. 

Dia melakukan transit di lapangan terbang tersebut selepas menaiki sebuah pesawat dari bandar Leeds, Britain menuju ke Abu Dhabi, namun tidak meneruskan perjalanannya.

Pengunjung menyifatkan Prince N sebagai lelaki agresif, manakala seorang pekerja kedai di terminal berkenaan berkata, dia mempunyai kad bank walaupun nampak miskin.

Lelaki itu membersihkan dirinya di dalam bilik air lapangan terbang dan kadang kala, menghabiskan masa sepanjang hari di sana.

Polis gagal untuk menghantar lelaki itu pulang walaupun dia sudah disoal siasat sebanyak 14 kali.

Jurucakap Lapangan Terbang Katowice, Piotr Adamczyk berkata: “Kami sudah memaklumkan Kedutaan Britain di Warsaw tentang perkara ini dan mereka menawarkan tiket untuk menghantarnya pulang.

“Bagaimanapun, Prince N tidak berminat dengan tawaran tersebut,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI