fbpx

[VIDEO] Kambing gurun liar ditemui di Saujana Impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seekor haiwan dipercayai kambing gurun ditemui di Saujana Impian.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang individu mendakwa terserempak dengan seekor kambing gurun di Saujana Impian tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, kelihatan seekor kambing berwarna hitam berada di satu kawasan berbukit berhampiran sebuah sekolah.

Menurut pemilik video berkenaan yang dikenali sebagai Syafiqahamirfirdaus, kehadiran haiwan itu disedari oleh anaknya yang berada di dalam kenderaan ketika mereka sedang menunggu di hadapan sekolah berkenaan.

“Tengah tunggu Aneesa balik sekolah, tiba-tiba Isaac jerit bagitahu ada horse (kuda). Tapi ini bukan kuda?,” tulis kapsyen video berkenaan.

Menurutnya lagi, dia juga bertindak merakam serta mengambil foto haiwan tersebut dan membuat carian di Google bagi mengenal pasti spesies kambing tersebut.

“Kami cari di Google, ini adalah spesies Serow yang jarang ditemui. Sangat peliklah! Nama saintifiknya Capricornis atau Kambing Batu atau Kambing Gurun, dan spesis dilindungi,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna teruja melihat kemunculan haiwan berkenaan yang dikatakan sangat sukar ditemui.

“Antara haiwan paling ‘rare’ sekarang di Malaysia, jika terjumpa itu ibarat rezeki,” kata Mohamad Akil.

“Untung dapat lihat kambing gurun liar ini, bukan senang nak jumpa,” kata Pak Jabit.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih sejuta kali. – KOSMO! ONLINE

@syafiqahamirfirdaus Haiwan pelik apa ni. We google photo, this is a rare species of Serows – sangat pelik lah! Capricornis is the scientific name, atau Kambing Batu atau Kambing Gurun – and he is a protected species 😰. #serows #capricornis #haiwanpelik #protectedanimals ♬ Run – AWOLNATION

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI