fbpx

Belum mampu cabar pingat Olimpik – Rexy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REXY (kanan) memberikan amaran kepada Tang Jie-Ee Wei dan Pearly-Thinaah agar meningkatkan kemampuan mereka dalam misi melayakkan diri ke Paris 2024. – FARIZ RUSADIO

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky memberi amaran kepada beregu campuran dan wanita negara kerana belum mencapai tahap terbaik untuk menjadi antara pencabar pingat di Sukan Olimpik Paris 2024.

Tegasnya, penilaian awal itu dibuat selepas mereka belum mencapai standard permainan yang sebenar sejurus tersingkir pada dua kejohanan awal tahun ini iaitu Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Menurut Rexy, ketika ini ­hanya beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dilihat mula mencapai standard terbaik selepas berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia dan separuh akhir Terbuka India.

Justeru, Rexy berharap beregu campuran seperti Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan pasangan wa-nita, Pearly Tan-M. Thinaah yang berada dalam program Road to Gold (RTG) perlu segera bangkit terutama untuk melaksanakan misi ke Paris 2024.

“Kalau ingin membincangkan perkara ini, yang lebih me­ngetahui prestasi pemain negara adalah jurulatih mereka sendiri. Setakat ini saya lihat keyakinan mereka untuk berjuang meraih pingat belum nampak.

“Terutamanya Tang Jie-Ee Wei dan juga Pearly-Thinaah. Apapun ini adalah Sukan Olimpik pertama mereka. Saya harapkan jika sudah layak ke Olimpik, mereka akan bermotivasi dan mempunyai kepercayaan tinggi untuk menjadi pesaing pingat di temasya dunia itu,” katanya.

Bagaimanapun, Rexy melaungkan keyakinannya bahawa kedua-dua beregu itu akan memberikan yang terbaik untuk me­ningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa.

“Prestasi Tang Jie-Ee Wei di bawah prestasi sebenar mereka. Jika kita lihat prestasi mereka di Jelajah Dunia sebelum ini agak positif, sebab itu kita jangka sekurang-kurangnya mampu ke suku akhir di Terbuka Malaysia, tetapi sebaliknya berlaku.

“Mereka hilang sedikit kepercayan diri dan kita mahu per­baikinya. Bagi Pearly-Thinaah pula kita mahu mereka tingkatkan lagi fizikal dan strategi untuk kembali ke kedudukan 10 dunia,” ujar Rexy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI