fbpx

EFL: Pochettino terbayang trofi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA bangkit daripada kekalahan aksi pertama untuk melakar kemenangan 6-2 secara agregat ke atas Boro untuk menempah slot final EFL. - AFP

LONDON – Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui beliau terdesak untuk meraih trofi pertama dalam saingan di England selepas berjaya membawa pasukan itu ke pentas final Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi semalam.

Chelsea bangkit daripada ketinggalan 0-1 pada aksi separuh akhir pertama untuk mencatat kemenangan 6-1 ke atas Middlesbrough di Stamford Bridge awal pagi semalam untuk mengesahkan tempat di Wembley bulan depan.

Pochettino yang tiba di England pada 2014 bersama Tottenham Hotspur telah gagal meraih sebarang trofi selepas pasukan itu tewas aksi final EFL 2015 kepada Chelsea selain tewas kepada Liverpool pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2019.

“Saya terdesak untuk memenangi gelaran di sini (England). Sepanjang setahun setengah di Paris, saya memenangi tiga trofi bersama Paris Saint-Germain, namun saya mahu memenanginya di sini. Sudah tentu saya terdesak,” katanya.

Pochettino berdepan tugas yang agak sukar di Chelsea dengan jumlah pemain muda yang ramai serta masalah kecederaan ramai pemain utama menjadikan prestasi mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris tidak begitu konsisten.

Bagaimanapun, prestasi tersebut menjadi semakin baik sejak kebelakangan ini apabila memenangi lima daripada enam perlawanan yang dihadapi selain kejayaan mara ke pentas final kali ini.

“Dari satu sudut, ini adalah pencapaian yang membanggakan. Saya fikir ini adalah objektif ketika kami mula-mula menyertai saingan ini. Tanpa Liga Juara-Juara, Liga Europa, Liga Konferens Europa, mara ke final aksi EFL adalah penting.

“Kami menyiapkan pasukan ini daripada hampir kosong, ia adalah satu kejayaan dan sekarang tumpuan kami adalah untuk memenangi aksi final walaupun pada awalnya kami bukanlah sebuah pasukan pilihan ke perlawanan akhir,” jelasnya.

Pada aksi tersebut, Chelsea mendahului babak pertama dengan cukup selepas selepas meledak empat jaringan menerusi jaringan sendiri pemain Boro, Jonny Howson, Enzo Fernandez, Axel Disasi dan Cole Palmer.

Babak kedua menyaksikan The Blues menambah dua lagi jaringan menerusi Palmer dan Noni Madueke, manakala gol saguhati Boro dihasilkan oleh Morgan Rogers pada lewat permainan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI