PETALING JAYA – Gara-gara diserang kegelisahan melampau atau anxiety, penyanyi Shila Amzah mengalami kesukaran untuk mendapatkan tidur yang lena sejak empat hari lalu.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 34, selain anxiety, perubahan emosi juga antara sebab dia tidak mendapat tidur yang lena.
“Anxiety ketika hamil bukan satu gurauan. Saya tidak mempunyai tidur yang nyenyak sejak empat hari lalu.
“Saya meninggalkan semua perkara toksik dan enggan trauma masa lalu menghantui saya lagi,” katanya dalam Instagram hari ini.
Dalam pada itu, dia yang popular menerusi lagu Patah Seribu itu juga mahu menjadi seorang ibu dan isterinya yang sihat buat suami serta anak-anaknya.
“Saya hanya mahu menjadi isteri dan ibu yang sihat. Itu sahaja,” kata isteri krpada pensohor media sosial, Ubai itu lagi.
Pada 4 Januari lalu, Shila mengesahkan dirinya kini hamil selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Ubai yang juga seorang pensohor media sosial.
Dia juga sebelum ini pernah berkongsi menghidap anxiety dan antara punca utama ialah komen negatif yang diterima daripada netizen. – KOSMO! ONLINE